BEBERAPA ADAB

 

ADAB WANITA

 

Adab di dalam rumah

1.    Menghormati penjaganya dan menerima segala nasihatnya.

2.    Memperbaiki diri agar menjadi wanita yang solehah.

3.    Menjaga nama baik penjaganya.

4.    Melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti memasak dan membereskan rumah.

5.    Memperbanyakkan solat dan puasa sunat.

6.    Jadikan Al-quran sebagai hiburan dan menghafaznya.

7.    Banyakkanlah mengkaji sejarah wanita-wanita utama untuk dicontohi.

Adab di luar rumah

1.    Keluar rumah bersama mahram atau penjaganya.

2.    Senantiasa menundukkan pandangan.

3.    Hiasi diri dengan sifat malu.

4.    Berkata yang benar apabila bertemu sahabat.

5.    Jangan bergaul dengan lelaki ajnabi !!


ADAB2 SEBAGAI IBU

 

Amalan ketika mengandung


·         Makanan dan minuman hendaknya diperoleh dari sumber yang halal. Beribadah sebaik mungkin, berzikir, membaca al-quran dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt.

·         Lazimkan membaca surah Maryam ( doa untuk mendapatkan anak yang soleh solehah) , surah Yusuf ( doa agar mendapat anak yang tampan ), surah Yasin ( doa untuk mudah melahirkan ).

·         Selain itu ibu-ibu harus mengamalkan doa ini jika selesai melaksanakan solat 5 waktu.

·             "Ya Allah, peliharalah anakku selama dalam kandunganku dan sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, baguskanlah perangainya (akhlaknya), fasihkanlah lidahnya dan pereloklah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad saw."

·         Ketika ibu kesakitan kerana hendak bersalin bacalah doa ini,

·             " Tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim,"


Watak dan akhlak ketika mengandung


·          Jauhi sifat pemarah dan merajuk

·          Menjaga adab-adab/aurat sentiasa

·          Jangan menyakiti binatang

·          Pergaulan suami isteri hendaklah beradab mengikut syariat

·          Pernikahan dilaksanakan mengikut syariat Islam.

 

Pahala-pahalanya seperti yang di beritakan

·         Hamil = seperti berjihad fi sabilillah

·         Setelah melahirkan dan menyusui = satu tegukan susu menyamai satu kebaikan

·         Melahirkan = dosa-dosa ibu bersih/ diampunkan seperti baru lahir kembali

·         Semalam tidak tidur kerana merawat anak yang sakit = memerdekakan 70 hamba sahaya dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.

Hal-hal yang harus dilakukan ketika melahirkan

·         Ibu hendaklah menjaga auratnya ketika akan bersalin

·         Anak yang dilahirkan hendaklah disambut dengan tangan yang suci ( wanita beriman ) dan dalam suasana penuh keislaman. kemudian di azankan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya.

·         Jika anak akan disusukan pada orang lain, pilihlah wanita yang solehah dan taat beragama.

·         Disunnahkan mencukur rambut bayi serta bersedekah emas seberat timbangan rambut anak pada hari ke-7 kelahirannya. Hikmahnya adalah menmbah tenaga dan menyihatkan badan serta pendengarannya.

·         Disunnahkan melaksanakan aqiqah pada hari ke-7, iaitu menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

·         Pada hari itu juga dianjurkan memberi nama yang baik seperti nama para rasul dan sahabat ra agar mendapat keberkatannya.

·         Hendaknya diperdengarkan kepada anak-anak kecil ini kalimh-kalimah toiyibah.

·         Sunnah memotong kuku bayi.

·         Disunnahkan juga mencecahkan makanan manis yang tidak dimasak ke bibir dan lelangit bayi seperti kurma. madu dan kismis.

Sabda rasulallah saw mengenai anak

·         Bau mulut atau tubuh anak-anaki adalah sebahagian dari angin syurga.

·         Syurga adalah sebuah kampung kesenangan. Tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

·         Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt. Orang yang menangis kerana takut kepada Allah swt, maka api neraka di haramkan menyentuh tubuhnya.

·         Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu di balas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara 2 darjat adalah 500 tahun.

·         Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli keperluan dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan di seksa di akhirat kelak.

·         Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah ia memerdekakan anak Nabi Ismail.

·         Perintahkanlah anak-anakmu bersolat ketika berusia 7 tahun dan rotanlah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

·         Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

·         barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

·         Barangsiapa membekali anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama maka, orang tua akan mendapat pahala seperti pahala anaknya.

·         Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah ia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata, " Anakku, kau telah ku didik, ku ajar dan ku nikahkan. Semoga Allah melindungi dari bencana kerana dirimu di dunia dan di akhirat.

·         Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi tameng atau penghalang untuk masuk neraka.

·         Anak-anak adalah tameng neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka, dan memuliakan mereka menyebabkan kita terselamat ketika menyeberangi titian sirat.

INSYAALLAH

 ADAB MAKAN  

Segala sesuatu yang kita lakukan telah di contohkan oleh Rasulallah saw. Jika kita melakukan sesuatu dengan cara yang  telah ditunjukkan oleh Rasulallah saw , maka hal itu akan dinilai sebagai suatu ibadah dan akan diberi ganjaran oleh Allah swt, maka hal itu akan mendatangkan berkat kepada kita. Dikatakan bahawa seorang muslim apabila makan hanya menggunakan satu nafsu sahaja iaitu nafsu lapar. Sedangkan orang-orang kafir apabila makan dengan menggunakan 7 nafsu iaitu nafsu lapar, nafsu mulut, nafsu telinga, nafsu mata, nafsu hidung,nafsu loba, dan nafsu semulajadi.

    Sekarang marilah kita mencuba makan mengikut sunnah iaitu makan apabila lapar dan berhenti makan apabila kenyang. Sebelum makan cubalah membawa 6 sifat sahabat ke dalam diri kita. Di bawah ini kita akan membahaskan sedikit adab-adab makan,:

·         Mencuci tangan di air yang mengalir.

·         Jika ada, disunnahkan mencicip garam dengan hujung jari. Fadhilatnya adalah dapat menghilang 70 jenis penyakit.

·         Sebaiknya kita yang menunggu makanan, bukan makanan yang menunggu kita.

·         Disunnahkan memakan buah-buahan sebelum makan nasi.

·         Jika makanan telah datang, maka doa yang harus dibaca ialah,: " Allahumma baariklanaa fiimaa rozaqtanaa wa qinaa 'azabannar," Ertinya, " Ya Allah, berkatilah pada kami rezeqi yang telah engkau berikan untuk kami dan selamatkanlah kami dari azab api neraka,"

·         Disunnahkan makan berjemaah dalam satu dulang.

·         Apabila kita lupa membaca doa sebelum makan dan teringat ketika sedang makan, maka ucapkanlah, " Bismillaahi awwalahu wa akhirohu," Ertinya, " Dengan nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya,"

·         Jangan memakan atau meminum yang masih panas.

·         Tidak disunnahkan makan di atas meja dan duduk di kerusi.

·         Dilarang makan dan minum sambil berdiri.

·         Makan berjemaah dimulai dengan makanan yang terdekat dengan kita.

·         Sebaiknya kita memastikan bahawa makanan yang kita makan halal dan tidak syubhah.

·         Apabila minum, pegang gelas dengan tangan kanan dan jari kelingking berada dibawah gelas.

·         Lihatlah ke dalam gelas, jika ada lalat, maka hendaklah lalat itu ditenggelamkan dengan hujung jari kemudian baru dibuang. Ini kerana lalat membawa penyakit di sebelah sayapnya dan penawar di sebelah lainnya.

·         Doa sebelum minum susu ialah: " Allahumma baariklanaa fiihi wa zidnaa minhu," Ertinya ," Ya Allah, berilah keberkahan kepada kami di dalamnya dan berilah tambahan kepada kami darinya,"

·         Ketika makan janganlah membicarakan tentang urusan duniawi kerana itu adalah perbuatan orang Yahudi, dan jangan pula diam kerana perbuatan itu adalah amalan orang Nasrani. Sebaiknya ketika makan kita membicarakan tentang kebesaran Allah atau berzikir.

·         Sesudah makan, cucilah tangan di air yang mengalir.

·         Doa setelah makan ialah,: " Alhamdulillahillazii aot 'amanaa wa saqoonaa wa ja'alana minal muslimiin," Ertinya, " Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami makan dan minum dan menjadikan kami dari golongan orang-orang muslim."

Alhamdulillah...kita akan membahaskan lagi dengan terperinci setiap amalan-amalan sunnah ini dengan fadhilatnya kemudian.

 ·                          ADAB TIDUR

·         Sebelum tidur, berwudhukla dan solat sunat 2 rakaat.

·         Diperbolehkan melaksanakan solat witir sebelum tidur.

·         Membaca Al-quran paling sedikit 10 ayat, namun lebih utama membaca surah as-sajadah dan surah al-mulk. Sebuah hadith menyebutkan bahawa Rasulallah saw tidak akan tidur sebelum membaca kedua dua surah tersebut.. Hadith lain pula menyebutkan bahawa barangsiapa membaca surah al-mulk setiap malam, maka ia akan diselamatkan dari seksa qubur.

·         Mengibaskan alas tidur sebelum dihamparkan. Hendaklah alas tidur itu tidak terlalu rapat ke dinding kerana di katakan bahawa tepian dinding itu adalah laluan serangga samada berbisa atau tidak.

·         Niatkan untuk melaksanakan solat Tahajjud pada tengah malam. Jika kita tidak dapat melaksanakannya kerana tertidur, maka kita tetap akan mendapat pahala solat tahajjud tersebut.

·         Membaca Tasbih Fatimah:iaitu Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x.

·         Membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, da An-Nas, kemudian dihembuskan kepada kedua telapak tangan dan diusapkan keseluruh tubuh kecuali kemaluan ( telapak tangan kiri jangan sampai menyentuh wajah). Hal ini dilakukan sebanyak 3x.

·         Bermuhasabah iaitu hisablah diri. Caranya adalah dengan mengingat kembali akan amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang hari tersebut. Jika terdapat kekurangan mohonlah dengan Allah swt akan taufiq dan hidayah supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.

·         Disunnahkan memakai celak sebelum tidur. Kelebihannya ialah membuatkan mata cantik, bercahaya dan jika diamalkan, maka insyaallah mata tidak akan menjadi kelabu (rabun).Doa memakai celak ialah, " Allahuma atmim lanaa nuuranaa waghfirlanaa innaka 'alaa kulli shai ink qodiir." Ertinya. "Ya Allah, sempurnakanlah cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

·         Membaca doa sebelum tidur. " Allahumma bismika amuutu wa ahya" Ertinya: Ya Allah dengan namaMu aku mati dan aku hidup.

·         Lelaki tidak boleh tidur berduaan dalam satu selimut begitu juga dengan wanita.

·         Rasulallah saw melarang tidur dengan kaki mengarah ke Qiblat.

·         Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3x, maka pahalanya sama dengan mengkhatamkan al-Quran.

·         Setelah bangun dari tidur bacalah doa ini. "Alhamdulilahillazi ahyaanaa ba' damaa amaatanaa wa ilaihin nusyuur." Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mati dan kepadaNya lah tempat kembali."

Mudah-mudahan tidur kita dikira suatu ibadah dan dengan rahmatNya Allah swt mengurniakan saya dan kalian balasan yang sewajarnya. Jika terdapat kesilapan mohon diperbetulkan. Wallhu 'alam. Amin.


ADAB MEMASAK

Memasak juga mempunyai beberapa adab. Jika kita memasak dengan menggunakan adab-adab, maka akan mendatangkan keberkatan dan waktu masak kita akan dianggap sebagai perbuatan ibadah dan memperoleh pahala dari Allah swt. Di bawah ini kita akan mengulas tentang adab-adab masak.

1.    Apabila kita akan memasak, sebaiknya berwudhu' dan membawa enam sifat dalam diri kita. Hendaknya senantiasa menutup aurat.

2.    Melaksanakan solat sunat rakaat.

3.    Masuk ke dapur membaca doa berikut. " Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa." Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

4.    Doa membuka panci adalah: " Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu." Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

5.    Doa menaruh beras ke dalam panci: " Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'." Ertinya." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

6.    Doa mengambil beras: " Maa 'indakum yanfidu wa maa 'indallahi baaqin." Ertinya. " Apa yang ada di sisiMu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

7.    Doa mencuci beras adalah: " Alhamdulillahil lazii aot'amanaa khoirom minhu." Ertinya. " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan lkebaikan sesudahnya." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

8.    Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn." Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 ) ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

9.    Cara mengadun makanan adalah dari kanan ke kiri.

10.  Doa memotong sayur, buah dan ikan adalah: " Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn." Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

11.  Doa mengadun sayur ke kanan.: " Lai salahaa min duunillahi kaasyifah." Ertinya. " Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

12.  Doa meletak beras di atas dapur adalah: " Fasayakfiikahumullahu wa huwassamii 'ul 'aliim." Ertinya. " Maka Allah akan mencukupi kamu dengan mereka dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

13.  Apabila beras yang telah dibeli akan di masukkan ke dalam tempatnya, bacalah doa di bawah ini: " Watarzuqu man tasyaaau bighoiri hisaab." Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan." ( Ayat terjemahan dari Bahasa Arab akan di edit kemudian )

14.  Agar makanan menjadi lazat, bacalah selawat 3x dan istighfar 3x.

15.  Membaca surah insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut,Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.

 INSYAALLAH

Bayan Hidayat Masturat

 

Muqaddimah
Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita .

Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita. Dakwah tanggungjawab wanita juga.
Syukur Allah pilih ibu-ibu & bapa-bapa untuk keluar dijalanNya.

 

Maksud Keluar

Islah diri supaya agama yang sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam.

Mewujudkan 6 sifat dalam setiap suami & isteri.
Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat pada jalan Allah secara tunai.
Fikir bagaimana 5 amal dapat hidup di setiap masjid .Ini adalah asas kerja. ,jadikan setiap masjid hidup seperti Masjid Nabi.

Wanita perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau.

 

Tertib kerja
Taat amir .Hanya seorang amir dikalangan lelaki, tidak ada wakil amir di kalangan wanita.

Taat keputusan mesyuarat.
Diterangkan 12 usul.
Pakaian 100% berpurdah dan bersifat sederhana dan berwarna gelap.
Tidak memakai perhiasan semasa keluar.
Sediakan Set Taklim - satu buku satu wanita/lelaki. Apabila ramai wanita hadir maka dengan mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi.Di waktu lapang pula setiap orang boleh baca taklim secara infradi.
Sediakan set taam.
Bawa tali dan cadar untuk tirai yang lebih.
Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama.
Sediakan buku mesyuarat - buku pendua dan kertas taskil secukupnya .
Kenderaan di mesyuaratkan dahulu - naik kenderaan apa ? dengan siapa?


Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita.

memasak untuk jemaah dan ahli rumah sahaja.
Tuan rumah hanya dibenarkan menyediakan masakan sekali sahaja.

sekiranya orang tempatan ingin nusrah makanan, hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu .
Mereka yang diputuskan untuk memasak sahaja buat keputusan mengenai menu pada hari itu.

Yang lain boleh bantu jika perlu. Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah.


Tiada amalan bayan/targhib dari pihak lelaki waktu gelap (malam &selepas subuh)
Tiada amalan ijtimaie selepas solat isyak.Sekiranya perlu solat isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimaie.
Tiada mulakat (pertemuan) di waktu malam kecuali dharurat, contoh ahlia sakit kuat.
Tiada karkuzari bertulis dari wanita - hanya secara lisan kpd suami.


Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah ke route seterusnya. 

.Tandas ada berapa
.Tempat wudhu ada berapa
.Ruangan Sidai baju
.Ruangan taalim, bayan, mulakat.
.Tabir & tirai.
.Ruangan memasak
.kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
.Penghuni rumah yang lelaki/anak-anak.


Route jemaah dimesyuaratkan dengan orang tanggungjawab markas.
Semua rumah orang Islam sesuai untuk terima jemaah masturat, tidak mestinya rakan seusaha.
Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan.
Tidak ada amalan sampingan (side program) walaupun ke tempat rumah taklim mingguan.
Tidak boleh keluar rumah untuk menziarahi rumah saudara mara.
Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.


Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing masing.
Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
Pasangan yang nusrah sepenuh masa, paling ramai 2 pasang sehari semalam.

Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah tuan rumah .

Syarat orang yang nusrah sepenuh masa, sama seperti jemaah yang keluar.

Untuk jemaah 10/15 hari, 1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam untuk mendedahkan mereka kepada amalan jemaah masturat.
Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

 

Aturcara amalan 24jam

Taalim

. Halqah Tajwid
. Kitabi
. Muzakarah 6 Perkara

 

Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca

. Fadhail Amal
. Muntakhab Ahadith
. Fadilat Sadaqah.
. Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

 

Taalim pagi 2 jam hingga 2½  jam di mulai dengan

. Fadhilat Majlis
. Fadhilat Quran
. Halqah Tajwid
. Taalim Kitabi
. Muzakarah 6 perkara.

 

Muzakarah 6 perkara, semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari.

Jangka masa yang sama hendaklah diberikan pada setiap orang.

Sekiranya wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang, maka bayan lelaki boleh diadakan.

 

Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

 

Selepas Solat Asar.

Sebelum bayan Asar, taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit.

Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit, diikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit.
Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan.
Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mengpengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan.
Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita wanita yang hadir memberi azam-azam seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati.
Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan, kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki.
Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa.
Sekiranya masa tidak mengizinkan, selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai.
(Jangan rosakkan taskil dengan jamuan makan dan minum)
Lepas doa, mana-mana wanita tempatan yang masih ada, hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi.
Jamuan makan dan minum (jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai. (bukan di penghujung bayan)

Program selepas solat maghrib dan nawafil adalah muzakarah (lebih kurang 30-45 minit).

Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

 

antara perkara-perkara yang dimuzakarahkan
*Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat,dakwah,taklim,zikir,tarbiah anak-anak,hidupkan sunnah
*Adab makan
*Adab tandas
*Adab Tidur
*Adab Perjalanan.
*Beberapa pesanan wanita
*Hidupkan taklim di rumah
*Hidup sederhana.
*Didik anak cara sunnah.
*Muhabbah/Kasih sayang
*Sabar & Tahamul
*Halqah dakwah iman 
*Fikir alami
*Adab Mulakat
*Adab Istikbal
*Kelebihan tahajud
*Adab Usul
*Usaha tempatan lelaki/5 amal jemaah masjid
*Kaedah taskil dan ikhtilat.

 

Selepas isyak adalah masa untuk makan, menyudahkan amal-amal harian dsbnya.
Bila lampu dipadam, semua ahli jemaah perlu tidur, tidur awal bangun tahajud pun awal.

Tahajud sangat penting dalam usaha dakwah.
Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit sebelum Solat subuh.
Selepas solat subuh, sempurnakan zikir harian dan tilawah quran infradi.
Boleh muzakarah lagi sehingga solat isyrak.
Selepas subuh (langit sudah cerah) sekali-sekala adakan targhib dari ahli jemaah lelaki.
Adab taklim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki.
Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat, istiqbal, pembaca program dan karkuzari.

Taskil perlu dibuat oleh setiap wanita

Disetiap rumah usaha dibuat untuk menjadikan rumah setiap orang islam cawangan masjid iaitu dengan menghidupkan amal-amal masjid 24 jam - taklim, ibadat, khidmat, mesyuarat.

Galakkan rumah mengadakan satu amalan selepas setiap waktu solat.
Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama.

Tertib masturat keluar 3H setiap 3 bulan, 10/15H setiap tahun dan 2B/40H setiap 3 tahun.
Galakkan mahram kita untuk keluar ke jalan Allah - 4B, 40H, 2B jalan kaki, Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

 

Pembentukan Jemaah Tunai

Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sungguh-sungguh untuk mengeluarkan jemaah 3H masturat secara tunai.

pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai.
Di tempat yang usaha masturat masih baru, jemaah hendaklah menyediakan pasangan-pasangan baru untuk nusrah penuh 24 jam.
Sekiranya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yang berpengalaman daripada halqah untuk lengkapkan jemaah.
Melalui mesyuarat jemaah dan orang tanggungjawab markas - usaha dibuat untuk menyediakan route jemaah tunai, rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat untuk setiap jemmah 3H masturat yang bakal dikeluarkan.
Jemaah masturat 3H yang dikeluarkan tunai, tapi di dalamnya kurang wanita berpengalaman hendaklah dihantar kerumah yang ada wanita berpengalaman dan tempat-tempat orang lama dalam usaha masturat.
Sebaik-baiknya jemaah hendaklah menyaksikan jemaah 3H tunai keluar terlebih dahulu, sebelum berpindah ke rumah diroute yang seterusnya.

  

Perkara-perkara yang tak boleh disentuh dalam bayan lelaki
.Pasal Poligami
.Purdah
.Wanita Bekerja
.Keadaan yang mengaibkan wanita.

 

Bayan umum hendaklah disampaikan oleh ahli jemaah yang sedang keluar.
Targhib kepada ahli jemaah boleh dibuat oleh orang lama & org tanggungjawab .
Iklani gasyt – ke rumah-rumah jiran rumah masturat untuk memaklumkan waktu taklim & bayan lelaki di rumah masturat. Ini bertujuan untuk mengundang jiran tetangga kepada tuan rumah untuk hadir dalam p

 


Comments

Popular posts from this blog

6 SIFAT SAHABAT

ADAB GHAST (JAULAH)

ADAB USUL