ADAB GHAST (JAULAH)
TUJUAN GHAST
GHAST adalah satu usaha
untuk menghidupkan kembali kerja-kerja kenabian iaitu mengajak manusia ke jalan
Allah taala dan untuk mengekalkan hidayat di dalam diri kita.
Kelebihan GHAST;
- Sepagi dan sepetang berada di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Maksudnya bukanlah harta kekayaan dan sebagainya tetapi semua amalan soleh yang berlaku pada masa itu.
- Berdiri seketika di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik daripada beribadat di dalam Masjidil Haram, di depan Hajar Aswad, pada malam Lailatul Qadar.
- Tidak berkumpul debu-debu di jalan Allah dengan asap neraka jahanam.
- Sepatah perkataan mengajak manusia ke jalan Allah taala akan diberi ibadat sunnah.
- Semua makhluk Allah subhanahu wataala (setengah riwayat mengatakan 70,000 malaikat) akan memohon keampunan untuk mereka yang keluar menziarahai saudaranya semata-mata kerana Allah taala.
ADAB-ADAB GHAST:
- Penerangan mengenai kepentingan dan kelebihan amalan ghast hendaklah diberi oleh salah seorang ahli jemaah yang agak berpengalaman.
- Jemaah ghast hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan sebaik-baiknya 10 orang. 3 orang yang terpenting itu ialah Amir (ketua), Rahbar (penunjuk jalan), dan Mutakallim (pembicara).
- Berapa
orang perlu berada di dalam masjid untuk menghidupkan beberapa amalan yang
akan menguatkan jemaah ghast iaitu,
- Istiqbal:
penyambut tetamu.
- Taqrir:
menceritakan sesuatu yang menaikkan semangat.
- Zikir: berzikir dan berdoa memohon pertolongan Allah.
- Semasa hendak keluar ghast hendaklah berdoa memohon keampunan dan pertolongan dari Allah subhanahu wataala. Sesudah berdoa maka berangkatlah ke rumah-rumah yang berhampiran dan kedai-kedai dengan membawa 4 sifat: zikir, fikir, syukur dan sabar.
- Berjalanlah di sebelah kanan jalan, berdua-duaan sekiranya memungkinkan dan sambil menundukkan pandangan.
- Sempurnakan hak-hak jalan, seperti sebarkan salam membuangkan benda-benda yang menghalang perjalanan dan mencegah kemungkaran.
- Janganlah sekali-kali membiarkan hati kita tertarik kepada alam kebendaan kerana jika hati kita tertarik kepada kebendaan nescaya ghast yang dijalankan tidak akan mendatangkan kesan kepada yang diziarahi.
- Ketika berjalan hendaklah sentiasa merenungkan alam kubur yang mana setiap orang pasti akan menempuhinya dan azab bagi mereka yang tidak mematuhi perintah-perintah Allah taala.
- Ketika berjalan janganlah bercakap-cakap atau berbuat sesuatu yang melanggar tertib ghast seperti memetik daun kayu, memulas motor, mengusik anak-anak dan sebagainya.
- Janganlah memandang kesana kemari dan jangan memandang benda-benda kepunyaan orang lain, anggaplah itu semua akan kembali kepada tanah akhirnya.
- Rahbar hendaklah memberi salam dengan suara yang terang, sekira-kira orang di dalam rumah dapat dengar dengan jelas. Jika selepas tiga kali memberi salam tiada kedengaran jawapan salam maka beredarlah dengan sangkaan yang baik.
- Jika keluar seorang wanita, maka rahbar segera beri iklan supaya orang lelaki dari rumah dapat datang ke majlis yang akan di adakan.
- Jika keluar tuan rumah, rahbar dengan hikmah memperkenalkan jemaah dan minta masa darinya lalu serahkan kepada mutakallim.
- Sebaik-baik mutakallim ialah yang berbicara secara ringkas tetappi dapat menarik orang secara tunai ke masjid.
- Mutakallim hendaklah berbicara secara hikmah mengikut keadaan orang yang ditemui. Sampaikanlah kepada mereka berita-berita yang menggembirakan sahaja dan bukan berita ancama dan berita azab.
- Mutakallim hendaklah mewujudkan suasana kemesraan seolah-olah baru berjumpa seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui.
- Jemaah hendaklah memberi tawajjuh kepada mutakallim semasa dakwah dijalankan dan anggaplah mutakallim sedang bercakap kepada mereka.
- Ahli jemaah hendaklah dipilih dari mereka yang mahir dan boleh mematuhi adab dan usul amalan ghast.
- Jika berlaku sesuatu masalah, maka serahkan kepada amir ghast untuk menyelesaikannya sementara ahli jemaah yang lain hanay berzikir dan tawajjuh kepada Allah subhanahu wataala.
- Semasa pulang ke masjid ahli jemaah hendaklah beristighfar kerana disebabkan kelemahan kita maka ghast tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
- Amalan
ghast hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 minit dan
jemaah hendaklah pulang ke masjid kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu
solah supaya setiap ahli jemaah dapat bersolah dengan takbir pertama.
Jazzakaullah Khairan, Wslm
ReplyDeleteboleh saya ambil buat rujukan
DeleteJazakallah khairan kathira tuan
ReplyDeletesaya minta izin nak share
ReplyDeleteMasyAllah
ReplyDeletemasha allah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete