6 SIFAT SAHABAT
Kejayaan manusia dan jin Allah telah
letakkan pada agama sempurna, sejauh mana kita taat perintah Allah cara nabi
SAW. Untuk berjaya, kita perlu mencontohi mereka yang telah berjaya. Siapakah
sebenarnya yang telah berjaya? Mereka yang berjaya adalah para sahabat Nabi
saw. Pengiktirafan kejayaan mereka diberikan oleh Allah sendiri seperti yang
telah dirakam di dalam Al Quran Surah At Taubah ayat 100 yang mafhumnya;
“Dan
orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang
yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda
akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”
Kenapa sahabat diiktiraf sebagai
orang-orang yang berjaya? Kerana mereka mempunyai sifat-sifat yang unggul.
Sahabat mempunyai berbagai sifat yang unggul (Abu Bakar: Membenarkan yakni
Assidiq, Umar: Tegas, Usman Dermawan serta merendah diri dan Ali: Berilmu) akan tetapi kesemua mereka mempunyai 6 sifat
yang unggul. Jika kita amalkan 6 sifat ini, beribu-ribu sifat yang baik akan
datang dalam kehidupan kita. 6 sifat ini bukanlah kesempurnaan agama tetapi
sekiranya kita dapat amal 6 sifat ini, insyaAllah, mudah untuk kita amal
keseluruhan agama (agama sempurna).
Makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula, makna iman ialah menerima dengan penuh yakin perkhabaran Rasulullah saw tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda saw.
Makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula, makna iman ialah menerima dengan penuh yakin perkhabaran Rasulullah saw tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda saw.
1. Hakikat Kalimah Syahadah.
1 (a) Iman
Yakin Sempurna pada Allah (LAA ILA HA ILLALLAH).
Kita hendak keluarkan kebesaran selain
dari Allah (kebesaran pangkat, harta, kekayaan, keluarga dll) dari dalam hati
kita dan memasukkan serta menyakini hanya kebesaran Allah. Sesungguhnya makhluk
tidak berkuasa, yang berkuasa Allah. Allah yang menghidupkan, Allah yang
mematikan. Allah yang memberi manfaat dan Allah yang memberi mudharat. Allah
yang memberi sakit, Allah yang memberi sembuh. Selain Allah adalah makhluk,
tidak boleh beri manfaat atau mudharat.
Api tidak boleh membakar Nabi Ibrahim
as. dan pisau tidak dapat melukakan leher Nabi Ismail as. Api dan pisau adalah
makhluk tidak boleh memberi mudharat tanpa kebenaran dari Allah. Dalam kisah
Ashaabul Kahfi: 7 pemuda bersama seekor anjing (Al Kahfi: 9-26), Allah tidurkan
selama 309 tahun tanpa makan dan minum tetapi tidak mati. Sebab bukan makanan
dan minuman yang menghidupkan, yang menghidupkan atau mematikan ialah Allah.
Keyakinan beginilah yang dikatakan IMAN yang kita hendak usahakan dalam hati
kita, kaum keluarga kita dan seluruh umat.
Kelebihan;
· Barang siapa yang ada iman walaupun sebesar zarrah, di
akhirat Allah akan kurniakan ia syurga yang besarnya 10 kali ganda dunia.
· Barang siapa yang dapat ucap LAA ILA HA ILLALLAH
(kalimah iman) di akhir kalamnya, Allah mewajibkan syurga baginya.
Untuk mendapatkannya
· Untuk mendapatkan iman tidak ada cara lain melainkan
kita kena cakap, dengar, lihat dan fikir akan kebesaran Allah lagi dan lagi.
Bila kita cakap, dengar, lihat dan fikir kebesaran Allah lagi dan lagi,
iman kita akan meningkat. Bila kita ada kekuatan iman, mudah untuk kita taat
perintah Allah.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Kalimah Syahadah
ini.
· Kita doa agar Hakikat LAA ILA HA ILLALLAH (kalimah
iman) ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.
1 (b) Yakin
dengan Sunnah Rasulullah SAW (MUHAMMADUR RASULULLAH).
Untuk berjaya
kita kena taat perintah Allah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Cara
hidup selain dari sunnah Rasulullah SAW (cara hidup yahudi, nasrani dan majusi
atau cara kita sendiri) tidak akan membawa kepada kejayaan. Malah, sekiranya ia
diamalkan, akan membawa kepada kegagalan. Setiap apa yang Rasulullah SAW bawa
adalah kebaikan, kejayaan, YAKINLAH. Dengan ambil sunnah dalam kehidupan, 313
ahli Badar dapat pertolongan malaikat. Amal kehidupan cara Nabi SAW, Saidina
Umar ra. dapat perintah 2/3 dunia.
Kelebihan:
· Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah di zaman
fasakh dan mungkar (kerosakan ummat) Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati
syahid. 1 pahala mati syahid sudah cukup untuk kita masuk syurga.
· Semakin banyak mengamalkan sunnah akan semakin dekat
dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti.
· Rasulullah SAW bersabda: “Sekelian umatku akan masuk
syurga tetapi bukanlah mereka yang menolak aku. Para sahabat bertanya: “Siapa
yang menolak?” Jawab beliau: “Mereka yang mengikut aku akan masuk syurga tetapi
mereka yang membantahi aku, mereka menolaki aku”.
· Kalau kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutlah
aku (Rasulullah), kemudian Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa
kamu. (3: 31)
Untuk mendapatkannya;
· Untuk berjaya, tidak ada cara lain melainkan kehidupan
kita 24 jam (dari bangun tidur hingga ke tidur) berlandaskan sunnah Rasulullah
SAW. Untuk itu, kita kena usahakan untuk amal sunnah dalam kehidupan seharian
kita. Sunnah terbahagi kepada 3. Surah, sirah dan sarerah., Surah ialah penampilan
nabi, sirah adalah perjalanan hidup nabi dari nabi bangun tidur hingga nabi
tidur kembali seperti adab ke tandas , adab
masjid adab makan, adab tidur dll. Manakala
sarerah pula adalah fikir nabi SAW bagaimana
seluruh umat nabi hatta bayi terakhir lahir sebelum kiamat pun dapat ucap LAA ILA HA ILLALLAH dan masuk syurga Allah, dan yang utama ialah kerja sebenar
Rasulullah SAW iaitu DAKWAH jadi kerja kita (maksud hidup). Setiap sunnah pasti
ada kejayaan.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Kalimah Syahadah
ini.
· Kita doa agar Hakikat MUHAMMADUR RASULULLAH ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.
Selepas iman, perintah yang paling
utama ialah solat.
Maksud Solat: Untuk mendapat manfaat langsung daripada kudrat Allah swt kita hendaklah mentaati segala perintah Allah swt dengan cara Nabi saw. Amalan yang paling penting dan paling asas di antara perintah-perintah Allah swt ialah solat.
Maksud Solat: Untuk mendapat manfaat langsung daripada kudrat Allah swt kita hendaklah mentaati segala perintah Allah swt dengan cara Nabi saw. Amalan yang paling penting dan paling asas di antara perintah-perintah Allah swt ialah solat.
Rasulullah SAW bersabda “Solat adalah
julung-julung perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan solatlah pula
julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab. Amalan-amalan lain akan
tergantung sekiranya solat
tidak dikerjakan”. Untuk sampaikan perintah solat, Allah SWT telah jemput
Rasulullah SAW sendiri naik ke Sidratul Muntaha bertemu muka dengan Allah.
Maksud solat yang khusyu’ dan khudu’
ialah solat sepertimana solat Rasulullah SAW iaitu solat yang dapat tarik
hidayah Allah, solat yang dapat tarik rahmat dari khazanah Allah dan
sekurang-kurangnya solat yang dapat mencegah pelakunya dari fasakh dan mungkar.
Para sahabat sangat memberatkan
solat. Mereka yakin, segala masaalah akan selesai dengan solat dan mereka yakin
di sebalik solat ada rezeki, ada kesihatan tubuh dan janji-janji Allah di
akhirat nanti. Bila ada masaalah atau keperluan, sahabat-sahabat akan bersolat
dan meminta bantuan dari Allah. Kalau kita sudah dapat hakikat solat, kita
tidak perlu apa-apa lagi. Dengan hanya 2 rakaat solat, kita dapat tarik rahmat
dari khazanah Allah. Dengan bersandarkan kepada solat, sahabat-sahabat mendapat
pertolongan Allah. Dengan solat, kisaran gandum Saidina Ali berputar dengan
sendirinya.
Kelebihan:
· 5 Ganjaran yang paling istimewa Allah kurniakan bagi
orang-orang yang menjaga solatnya; keberkatan rezeki di dunia, seksa kubur
diangkat, menerima cacatan amalan di tangan kanan (di padang masyar), melintas
titian sirat sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab.
· Seseorang yang solat berjemaah selama 40 hari tanpa
ketinggalan takbir yang pertama mendapat dua jaminan; keselamatan dari api
neraka dan bebas dari nifaq (sifat orang munafik).
Untuk mendapatkannya;
· Kita kena tahu tentang KEPENTINGAN (nilai) solat dan
risau serta sedih bila kita lihat orang lain dengan sengaja tinggalkan solat.
· Kita kena
tunaikan solat fardhu kita sebagaimana cara yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW iaitu di awal waktu, berjemaah di masjid di mana azan diazankan
bagi setiap lelaki. Awal waktu dan di bilik masing-masing bagi kaum wanita.
· Kita juga kena perbanyakkan solat-solat sunat dan
panjangkan rakaat dengan bacaan Al-Quran.
· Belajar ilmu mengenai solat seperti mandi wajib,
istinja’, wudu’, tayamum, rukun solat (mana yang fardhu dan mana yang sunat)
dan makna bacaan dalam solat.
· Di dalam solat kita usahakan untuk dapatkan Sohih
Ehsan - yakni sewaktu kita solat, seolah-olah kita melihat Allah atau
sekurang-kurangnya kita sedar yang Allah sedang melihat kita (dari mula
takbiratul ihram hingga ke salam).
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Solat..
· Kita doa agar Hakikat Solat ini ada pada diri kita dan
umat seluruhnya.
3 Ilmu dan Dzikir
a) Ilmu
Untuk mendapat manfaat langsung daripada zat Allah swt kita hendaklah mentaati segala perintah Allah swt dengan cara yang ditunjukkan Nabi saw. Untuk itu, kita mesti mempelajari ilmu agama yakni memastikan bahawa dalam keadaan tertentu ini, apakah yang Allah swt inginkan dari saya?
Untuk mendapat manfaat langsung daripada zat Allah swt kita hendaklah mentaati segala perintah Allah swt dengan cara yang ditunjukkan Nabi saw. Untuk itu, kita mesti mempelajari ilmu agama yakni memastikan bahawa dalam keadaan tertentu ini, apakah yang Allah swt inginkan dari saya?
Maksud Ilmu, kita hendak letakkan
diri kita senentiasa (dalam setiap waktu dan keadaan) dalam perintah Allah dan
perintah yang Allah paling suka. Kita belajar ilmu untuk amal ilmu, untuk taat
perintah Allah cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Ilmu yang paling utama ialah ilmu
Fadha’il, ilmu yang menerangkan nilai atau kelebihan sesuatu amalan. Dengan
mengetahui kelebihan sesuatu amalan, ia akan menjadi pendorong untuk
melaksanakan amalan tersebut. Fadhail akan membuahkan jazbah agama yang betul
dan mendorong kita untuk belajar Masa’il (ilmu hukum hakam dan cara
perlaksanaan sesuatu ibadah) bagi menyempurnakan sesuatu amalan dan boleh
dipelajari dari alim ulamak, guru-guru dan orang-orang alim.
Kelebihan:
· Orang yang berilmu itu ditakuti oleh syaitan dari 1000
abid (ahli ibadat)
Untuk mendapatkannya;
· Kita hendaklah lapangkan masa duduk dalam halaqah fadhail (ta’leem masjid dan rumah).
· Berguru dengan ustaz yang ahli bagi mempelajari ilmu2 Masa’il.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Ilmu.
· Kita doa agar Hakikat Ilmu ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.
b) Zikir
Mentaati segala perintah Allah swt dengan penuh tumpuan kepadaNya yakni menyedari bahawa Allah swt sentiasa bersama saya dan Dia sedang melihat saya.
Mentaati segala perintah Allah swt dengan penuh tumpuan kepadaNya yakni menyedari bahawa Allah swt sentiasa bersama saya dan Dia sedang melihat saya.
Maksud zikir ialah kita hendak
menghindarkan diri kita (dalam setiap waktu dan keadaan) dari kelalaian dari
mengingati Allah SWT. Bila kita ingat Allah, kita akan terhindar dari melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Kelebihan:
Sungguh
beruntung bagi orang yang sentiasa ingat akan Allah.
· Orang yang membasahi lidahnya dengan zikirullah akan
masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
· Bahawa pintu-pintu syurga ada lapan pintu, salah satu
daripadanya teruntuk bagi orang-orang yang berzikir sahaja .
Untuk mendapatkannya;
Untuk mendapatkan hakikat zikir kita
hendaklah;
· sempurnakan secara istiqamah zikir 300 pagi dan 300
petang;
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar tanda kita kasih Allah.
Selawat, tanda
kita kasih Rasulullah saw
Ishtigfar, tanda
kita kasih diri sendiri.
·
Bacaan Al-Quran
setiap hari amalkan doa-doa masnun.
·
Kita dakwahkan
kepentingan Hakikat Zikir.
·
Kita doa agar
Hakikat Zikir ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.
AMAL TANPA ZIKIR ITU LALAI. ZIKIR
TANPA ILMU ITU FITNAH
4. Ikramul Muslimin
Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah swt yang ber-kaitan dengan hamba-hamba Allah swt yang lain dengan cara Nabi saw dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang Islam.
Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah swt yang ber-kaitan dengan hamba-hamba Allah swt yang lain dengan cara Nabi saw dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang Islam.
Maksud ikramul muslimin ialah
memuliakan sesama Islam dengan menunaikan hak-hak mereka tanpa mengharapkan
balasan, kita hanya mengharapkan redha Allah semata-mata. Kita muliakan orang
Islam bukan kerana pangkat, harta dan kekayaannya tetapi kerana iman yang ada
dalam diri mereka. Sedang Allah muliakan seorang yang ada iman sebesar zarrah
dengan syurga yang luasnya 10 kali ganda dunia, maka selayaknyalah kita
memuliakan sesama Islam.
Rasulullah saw mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang
sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Setiap orang Islam adalah bersaudara
- maksud Hadith.
Ikram paling kurang para sahabat
ialah mereka tidak jadikan perkataan dan perbuatan mereka menyakiti atau
menyusahkan orang lain. Kita sebokkan diri kita untuk lihat keburukan sendiri
dan tidak ada masa untuk lihat keburukan orang lain.
Ikram adalah pagar bagi amalan soleh
kita sewaktu di padang masyar nanti. Sekiranya kita tidak tunaikan hak saudara
kita sewaktu kita hidup di dunia ini, kita akan dituntut di padang masyar
nanti. Untuk elakkan dari dituntut di akhirat, kita hendaklah tunaikan hak
saudara se Islam kita di dunia ini. Hak orang kafir ialah iman dan hak saudara
kita yang jauh dari agama (kegelapan) ialah cahaya hidayah. Kita kena usahakan
agar kita jadi asbab hidayah untuk seluruh alam supaya kita di akhirat nanti
tidak dituntut oleh seluruh manusia.
Kelebihan:
· Barang siapa pergi untuk menyempurnakan keperluan yang
penting bagi saudaranya, khidmat yang sedemikian terlebih baik baginya daripada
beriktikaf selama sepuluh tahun, dan barang siapa melakukan iktikaf sehari
mencari keredhaan Allah, Allah akan membukakan tiga parit antaranya dengan api
neraka, lebarnya di antara satu parit dengan yang lain adalah di antara bumi
dengan langit.
· Barang siapa yang menunaikan hak sesama Islam tanpa
menuntut hak, Allah akan kurniakan 73 hasanah. Satu hasanah cukup untuk
keperluan dunia dan selebihnya Allah simpan untuk akhirat.
Untuk mendapatkannya;
· Untuk itu kita kena usahakan untuk tunaikan hak
seluruh kaum muslimin dengan memuliakan para alim ulamak, menghormati orang
tua, menyayangi kanak-kanak dan menghargai sesama Islam (baik sangka dengan
semua orang).
· Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah dia dari para
pengikutku yang tidak menghormati orang tua-tua, tidak belas kasihan kepada
kanak-kanak dan tidak menghurmati para alim ulamak”.
· Kita juga kena banyakkan ziarah (dengan kasih sayang)
sesama kaum muslimin, ziarah semata-mata kerana Allah.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Ikram.
· Kita doa agar Hakikat Ikram ini ada pada diri kita dan
umat seluruhnya.
5 Ikhlas Niat
Menyempurnakan perintah-perintah Allah swt semata-mata untuk mendapat keredaanNya.
Menyempurnakan perintah-perintah Allah swt semata-mata untuk mendapat keredaanNya.
Maksud ikhlas ialah laksanakan segala
perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah semata-mata kerana Allah,
untuk sukakan Allah. Untuk dapat keredhanNya. Ikhlas adalah rahsia dalam rahsia
Allah.. Kita akan tahu sama ada kita ikhlas atau tidak sewaktu di Padang Masyar
nanti. Waktu itu sudah terlambat. Jadi di dunia ini kita kena sentiasa betulkan
niat kita supaya setiap perintah Allah yang dibuat dan dan setiap larangan yang
ditinggalkan, semata-mata kerana Allah.
Ikhlas membesarkan nilai amal. Barang
siapa yang bersedekah walaupun sebesar biji tamar dengan ikhlas, Allah akan
kurniakan ganjaran pahala sebesar gunung Uhud.
Untuk mendapatkannya;
· Kita hendaklah sentiasa perbetulkan niat kita
semata-mata kerana Allah (semak amalan di awal, pertengahan dan di akhir
beramal). Apabila di hati kita ada tanda-tanda kurang ikhlas, segera istigfar
dan perbetulkan niat kita semata-mata kerana Allah.
· Sesuatu amalan itu hendaklah dikerjakan dengan
istiqamah, insya-Allah, keikhlasan akan datang pada diri orang yang beramal
itu.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat ikhlas.
· Kita doa agar Hakikat ikhlas ini ada pada diri kita
dan umat seluruhnya.
6 Dakwah dan Tabligh (Keluar di
jalan Allah)
Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah saw di seluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.
Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah saw di seluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.
Maksud dakwah dan tabligh ialah kita nak
bawa dakwah cara nabi saw ke
seluruh pelusuk alam untuk islah yakin dan amal kita dengan mengajak orang lain
untuk maksud dan tujuan yang sama.
At Taubah 111 : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang
beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka
akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian
ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan
yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Oleh yang demikian, kita hendaklah
gunakan harta dan diri kita mengikut kehendak Allah iaitu bermujahadah di
jalanNya untuk sampaikan kalimahNya yang suci LAA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR
RASULULLAH.
Kelebihan:
· Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih
baik daripada dunia dan isinya.
· Debu-debu yang melekat pada badan orang yang keluar di
jalan Allah, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.
· Orang yang keluar di jalan Allah, amalannya akan
dilipat-gandakan sekurang-kurangnya 700,000 kali.
Untuk mendapatkannya;
Untuk belajar usaha agama kita kena
pergi kepada suasana.
· Kita kena keluar bermujahadah dengan harta dan diri di
jalan Allah. Sebagai langkah pertama, kita kena usahakan untuk keluar 4 bulan
IPB secepat mungkin, setiap tahun sekurang-kurangnya 40 hari
· kita kena hidupkan usaha tempatan (5 amal jemaah
masjid) di kampong kita iaitu fikir harian, 2 1/2 jam, 2 ta’leem, 2 ziarah dan
keluarkan jemaah sempurna (72 jam) dari mohala sendiri setiap bulan.
· Kita dakwahkan kepentingan Hakikat Dakwah dan Tabligh.
·
Kita doa agar
Hakikat Dakwah dan Tabligh ini ada pada diri kita dan umat seluruhnya.
Kefahaman agama bergantung kepada tahap
pengorbanan kita. Sikit korban, sikit
faham. Takde korban langsung tak faham. Untuk Itu, kita azamlah untuk.korban
habis habisan
Saya sedia, semua sedia insyaAllah!
Nice
ReplyDeleteBagus la . Sya Faham belaka . Terima kasih🤗
ReplyDeleteIzin share
ReplyDeleteSemoga Allah memudahkan penulis untuk keluar di Jalan Allah SWT....
ReplyDeleteJazakallah mohon saya kongsikan kelebihan semoga mendapat pahalanya
ReplyDeleteJazzakaullah Khairan, Wslm
ReplyDeleteJazakallahu khairan khatsira buat penulis yg sudi berkongsi Muzakarah 6 Sifat Sahabat di dlm blog beliau ini.. bila membacanya, rasa seperti sedang mendengar org sedang bagi bayan Masha Allah Tabarakallah.. semoga Allahu Taala mengurniakan kefahaman kpd kita semua, dan dpt amalkan 6 sifat ini dlm kehidupan harian kita In Shaa Allahu Taala
ReplyDeleteSyabas & Jazakallah Khoiron Kasiro
ReplyDelete