RINGKASAN BAYAN HIDAYAT MASTURAT
Ringkasan Bayan Hidayat
Masturat
Alhamdulillah
Syukur Lagi Dan Lagi Kepada Allah Yang Dengan Rahmat Dan Kasih Sayangnya
Terhadap Kita Telah Melapangkan
Masa Ibu-Ibu Untuk Keluar Satu Hari
Tarbiah Keluarga, Satu Orang Yang Dimuliakan Allah Maka Tidak Ada Satu
Kuasapun Yang Mampu Menghinakannya, Setiap
Sesuatu Itu Datangnya Dari Allah, Perkara Yang Kita Suka Atau Tidak
Semuanya Dalam PentadbiranNya, Allah Maha
Mengetahui Segala Sesuatu Zahir Dan Batin Perkara Yang Lepas Dan Yang Akan
Datang. Allah Kuasa Makhluk Langsung Tak Ada Kuasa
Iman
Adalah Satu Perkara Yang Sangat Penting Melebihi Makan,Minum, Rumah,Keluarga Dan
Sebagainya. Untuk Maksud Itu,Allah Telah Menghantar Nabi Bagi Setiap Umat Agar
Mereka Beriman Kepada Allah Termasuklah Nabi Kita Nabi Muhammad Saw Yang
Dihantar Untuk Seluruh Umat Sehingga Kiamat. Seseorang Yang Meninggal Dunia
Dengan Yakin Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Selain Allah Maka Dia Akan
Memasuki Syurga. Selain Itu Diberitakan Bahawa Iman Sebesar Zarah Akan Diberi Ganjaran Syurga Sepuluh
Kali Besar Dunia. Dalam Satu Hadis, Nabi
Saw Bagitahu Bahawa Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu Jika Aku Tidak Dicintai
Melebihi Segala-Galanyanya. Cinta Nabi Akan Hadir Apabila Kita Menghidupkan
Sunnah Nya Dan Orang Yang Cinta Kepada
Nabi Akan Bersama Nabi Dalam Syurga
Untuk
Dapatkan Iman Yang Bernilai Ini, Setiap Kita Lelaki Atau Wanita Perlu Buat
Pengorbanan Dengan Menggunakan Harta, Diri Dan Masa Atas Agama Allah Sepertimana
Sahabiah Sahabiah Telah Buat Pengorbanan Atas Maksud Ini. Contohnya Sayyidatina
Khadijah Ra Yang Menjadi Teman Sejati Kepada Rasulullah Ketika Susah Dan Senang
Dan Telah Membuat Pengorbanan Atas Agama
Allah Sehingga Ke Akhir Hayatnya, Diberitakan Bahawa Beliau Adalah Wanita Yang Pertama
Memeluk Islam Setelah Nabi Muhammad Dilantik Menjadi Nabi Dan Telah Mendapat
Kiriman Salam Dari Allah Atas Pengorbanannya Terhadap Agama.
Sebagai
Latihan, Setiap Daripada Kita Diminta Untuk Keluar Satu Hari Tarbiah Keluarga
Didalam Rumah Sendiri Agar Dapat Mengislahkan Diri Dengan Mengamalkan Beberapa
Pesanan Wanita Dan 6 Sifat Sahabat Di
Dalam Kehidupan Agar Agama Yang Sempurna Dapat Datang Dalam Kehidupan Kita Dan
Umat Seluruh Alam.
Beberapa
Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk Dibanyakkan Adalah Dakwah, Ta’lim Wa
Ta’lum, Ibadat Dan Khidmat. Beberapa Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk
Dikurangkan Adalah Masa Makan Dan Minum,Masa Rehat Dan Tidur, Berada Diluar
Majlis Dan Bercakap Sia-Sia. Beberapa Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk
Ditinggalkan Adalah Mengharap Daripada Makhluk, Meminta Daripada Makhluk, Guna
Barang Tanpa Izin Dan Membazir
Semoga
Allah Menerima Pengorbanan Yang Sedikit Ini Untuk Menjadi Asbab Hidayat Untuk
Diri Kita Dan Seluruh Alam Sampai Kiamat. Agar Diberi Keselamatan Untuk Kita Dalam Menghadapi Kehidupan
Akhirat Yang Kekal Abadi Wassalam
Comments
Post a Comment