~: : NAFI ISBAT : : ~

Nafi isbat adalah menafikan makhluk dan mengisbatkan hanya kepada Allah. Tujuannya untuk membersihkan iman kita dari keyakinan yang salah sehingga hati kita benar-benar bersih. Nafi isbat diibaratkan seperti mengibaskan sejadah sehingga semua debu yang menempel pada sejadah tersebut lenyap dan tidak tersisa. Begitu juga nafi isbat akan melenyapkan keyakinan-keyakinan kepada selain Allah sehingga hati kita menjadi bersih, yakin hanya kepada Allah SWT. Apabila nafi isbat ini kita ulang-ulang insyaAllah akan semakin memantapkan iman kita. 



Ulama katakan umat saat ini memiliki keyakinan yang salah. Mereka yakin bahawa dengan usaha boleh mendatangkan wang, dan dengan wang boleh mendatangkan benda-benda, dan dengan benda-benda boleh mendatangkan kebahagian. Bahawasanya ini adalah keyakinan yang salah. 



Bahawasanya keyakinan yang benar adalah; 



Usaha tidak boleh mendatangkan wang. Yang mendatangkan wang adalah Allah SWT. Usaha berhajat kepada Allah untuk mendatangkan wang. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada usaha untuk mendatangkan wang. Apabila Allah berkehendak maka usaha boleh mendatangkan wang. Apabila Allah berkehendak maka usaha tidak boleh mendatangkan wang. Allah berkuasa mendatangkan wang tanpa usaha. 

Laa ilaaha Illallah. 



Wang tidak boleh mendatangkan benda-benda. Yang mendatangkan benda-benda adalah Allah SWT. Wang berhajat kepada Allah untuk mendatangkan benda-benda. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada wang untuk mendatangkan benda-benda. Apabila Allah berkehendak, maka wang boleh mendatangkan benda-benda. Apabila Allah berkehendak maka wang tidak boleh mendatangkan benda-benda. Allah berkuasa mendatangkan benda-benda tanpa wang. 

Laa ilaaha Illallah. 



Benda-benda tidak boleh mendatangkan kebahagian. Yang mendatangkan kebahagiaan adalah Allah SWT. Benda-benda berhajat kepada Allah untuk mendatangkan kebahagiaan. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada benda-benda untuk mendatangkan kebahagiaan. Apabila Allah berkehendak maka benda-benda boleh mendatangkan kebahagiaan. Apabila Allah berkehendak, maka benda-benda tidak boleh mendatangkan kebahagiaan. Allah berkuasa mendatangkan kebahagiaan tanpa benda-benda. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contohnya: 



Siti Maryam mendapat berbagai macam makanan tanpa usaha. Tapi ramai orang bekerja susah payah membanting tulang dari pagi sampai ke malam, tapi hanya mendapatkan sedikit makanan saja. Kerana bukan usaha yang mendatangkan makanan, tapi Allah SWT. 

Laa ilaaha Illallah. 



Fir’aun, raja yang memiliki kekuasaan dan harta yang banyak, stress tidak bahagia karena mimpi ada bayi yang merebut mahkotanya. Tapi Rasulullah SAW ketika miskin tidak punya harta yang banyak, rumahnya kecil, sering tidak makan, tapi bersabda “baiti jannati”, rumahku surgaku, sangat bahagianya. Kerana bukan harta dan kekuasaan yang memberi kebahagiaan, tapi Allah SWT. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contoh lainnya dalam kehidupan kita adalah sebagai berikut: 



Nasi. 

Nasi tidak boleh mengenyangkan. Yang mengenyangkan adalah Allah SWT. Nasi berhajat kepada Allah untuk dapat mengenyangkan. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada nasi untuk mengenyangkan. Apabila Allah berkehendak maka nasi boleh mengenyangkan. Apabila Allah berkehendak maka nasi tidak boleh mengenyangkan. Allah berkuasa mengenyangkan tanpa nasi. 

Laa ilaaha Illallah 



Contohnya Ashabul Kahfi tidak makan selama 309 tahun, tidak mati karena lapar. Tapi ramai orang yang terus makan tapi tidak pernah merasa kenyang, cari makan lagi dan lagi, melancung jalan-jalan cari makan. Karena yang membuat lapar dan kenyang bukan nasi, tapi adalah Allah SWT. 

Laa ilaaha Illallah. 



Ubat. 

Ubat tidak boleh menyembuhkan. Yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Ubat berhajat kepada Allah untuk dapat menyembuhkan. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada ubat untuk menyembuhkan. Apabila Allah berkehendak maka ubat boleh menyembuhkan. Apabila Allah berkehendak maka ubat tidak boleh menyembuhkan. Allah berkuasa menyembuhkan tanpa ubat. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contohnya ramai orang sakit bertahun-tahun makan banyak ubat tapi tidak sembuh-sembuh. Tapi ramai juga orang sakit, sembuh tanpa ubat, seperti sakit mata Nabi Ya’kub AS yang hanya diusap dengan baju, langsung sembuh. Karena yang menyembuhkan bukan ubat, tapi Allah SWT. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contoh lainnya adalah api. 

Api tidak boleh membakar, yang membakar adalah Allah SWT. Api berhajat kepada Allah untuk dapat membakar. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada api untuk membakar. 

Apabila Allah berkehendak maka api boleh membakar. Apabila Allah berkehendak maka api tidak boleh membakar. Allah berkuasa membakar tanpa api. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contohnya Nabi Ibrahim AS. dilempar ke dalam api tapi tidak terbakar sedikit pun. Tanpa api, kertas boleh terbakar dengan memfokuskan cahaya matahari dengan kaca pembesar. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contoh lainnya adalah air. Air tidak boleh menenggelamkan. Yang menenggelamkan adalah Allah SWT. Air berhajat kepada Allah untuk dapat menenggelamkan. Sedangkan Allah tidak berhajat kepada air untuk menenggelamkan. Apabila Allah berkehendak maka air boleh menenggelamkan. Apabila Allah berkehendak maka air tidak boleh menenggelamkan. Allah berkuasa menenggelamkan tanpa air. 

Laa ilaaha Illallah. 



Contohnya adalah sahabat Al-A’la bin Al-Hadromi ra. beserta rombongan menyeberang laut tanpa perahu, hanya dengan kuda dan jalan kaki, dengan kaki kuda mereka tidak basah sedikit pun. 

Contoh lainnya Qorun beserta seluruh harta bendanya ditenggelamkan Allah bukan di air, tapi di daratan. Allah berkuasa untuk menenggelamkan dengan air ataupun tanpa air.  

Laa ilaaha Illallah. 

Comments

Popular posts from this blog

6 SIFAT SAHABAT

ADAB GHAST (JAULAH)

ADAB USUL