Orang Tabligh Tak Kerja Ker - Mathematik Tabligh
Bhai, banyak laa pulak yang anto meseg inbox kat aku, tanya macam macam ada soalan yang positif dan ada yang berbau negative dan tak kurang juga yang nak memohon kerja...Hehehe
Tapi aku hanya layan mana mana soalan yang tak menyenakkan kepala hotak aku dan yang tak menjatuhkan semangat aku untuk bertabligh.
Salah satu soalan yang paling aku suka ialah..
1. Kalau tuan banyak habiskan masa dengan berdakwah, macamana tuan nak take care family.
Jawapan aku
Well, bro...masa kat dunia ni hanya ada 24 jam sahaja, tidak 25 jam dan bukan 23 jam, jadi kita yang bahagi kan masa
Formula mudah, tak payah nak dapat Math atau Add Math kepujian baru nak kira
a. 8 jam untuk bekerja
b. 8 jam untuk keluarga, bermuamalat dan bermuasyarak dan sebagai
c. 8 jam untuk rehat dan tido,
8 jam untuk bekerja
Walaupun kita bekerja selama 8 jam tetapi kalau kerja kita diniatkan kerana agama dan lebih lebih lagi untuk maksud Dakwah ilallah, maka semuanya menjadi pahala dan didalam usaha Dakwah Tabligh, kita diajar 6 sifat sahabat yang mana 6 sifat sahabat ini akan memudah kan kita untuk mengamal kan keseluruhan agama yang sempurna didalam kehidupan kita
1. Yakin dengan Kalimah Laillahaillah dan Muhammadur rasulullah
2. Solat Khusuk dan khudud
3. Ilmu dan zikir
4. Niat Ikhlas
5. Ikram muslimin
6. Dakwah wa tabligh.
Yang 6 sifat sahabah ni kalau korang nak tahu dengan details bagaimana nak mempraktikkan nya maka kamu kena keluar sekurang kurangnya 3 hari kerana didalam 3 hari itu kamu akan di ajar untuk membuat kerja Nubuwah di zaman Nabi dan diikuti oleh para para sahabat.
Mereka yang berada dijalan Allah akan diajar dan dipraktikkan bagaimana untuk membuat 5 amal masjid kerana 5 amal masjid ini lah yang membawa Umat seluruh alam kepada agama yang sempurna, sepertimana sahabah sahabah Nabi saw telah bertukar dari seorang yang tidak mengenal Allah menjadi mereka mereka yang di redhai oleh Allah, bukan itu sahaja, rumah rumah mereka telah bertukar menjadi Madrasah madrasah yang mana lahirnya amal amal agama dan keluarnya para para Fakeh agama dari dalam rumah tangga.
5 amal yang dipraktikkan dipagari dengan 12 Usul yang mana setiap usul ini membolehkan dan memudahkan kita mengerjakan Usaha Agama dengan penuh kasih sayang untuk bertemu umat seluruh alam.
12 Usul yang di Tertibkan memberi menafaat yang besar didalam kehidupan sebagai pekerja pekerja agama bagi setiap saat yang kita tempuhi di dunia yang sementara ini..
a. 4 perkara yang perlu di perbanyakkan
b. 4 perkara yang perlu dikurangkan
c. 4 perkara yang perlu di tinggalkan dan di jauhkan
Lagi jelas, siapakah orang orang yang di redhai oleh Allah Taala, mereka ialah sahabat sahabat Nabi saw, sehinggakan Allah sebut didalam Quran, Rodiallahuanhuuwaroduan, sehinggakan Allah bagi 3 suku dunia di bawah tapak kaki sahabat.
Kehidupan mereka bersama keluarga, didalam perniagaan seharian, didalam pekerjaan dan didalam hubungan sesama makhluk, sahabah semuanya menggikuti cara Nabi saw.
8 jam untuk keluarga.
Bermula dari bangun tidur sehingga lah tidur kembali, kita ajak seisi keluarga mengamal kan agama, amalkan sunnah didalam rumah tangga, bermula dengan anak yang kecil kita dah bagitau...siapa kuasa...Allah kuasa, siapa bagi kenyang...Allah bagi kenyang, siapa bagi sakit...Allah bagi sakit. Menyediakan ahli keluarga dengan Solat di awal waktu serta menghidupkan Taklim rumah yakni bacaan Kitab Fadhail amal bagi menggalakan ahli keluarga merasa seronok untuk beramal dan menggikuti sunnah Nabi saw.
Selain itu, kita sebagai ketua solat berjemaah di Masjid dimana azan di azankan dengan takbir ratuula di saf pertama bersama imam.
Untuk memahamkan ahli keluarga maka kita bawa balik takaza agama atau keperluan kerja agama ke rumah kita, macam aku bro, aku buat Musyuarat Harian Rumah sepertimana Mesyuarat Harian Masjid, dah bertahun tahun aku buat dan kesan nya...Masyallah...semua taat dan aku nampak akan barakah nya....salah satu contohnya ialah tersoroknya ilmu Ekonomi didalam Musyuarah Harian Rumah..
Format Musyuarat Harian Rumah cukup mudah dan simple, aku semasa di Nizamuddin semasa Karkguzari ada bermuzakarahkan tentang musyuarah harian rumah yang aku buat dan menerangkan kaedah yang aku buat, maka apa komen Masyaikh..."Bagus...itu musyuarah yang baik, teruskan...buat secara simple dan sederhana"...
Format - Contoh
Aku yang jadi Amirsab, dan pada peringkat awal aku bagi zihin dan targrib, bentuk fikir ahlia keluarga kepada kepentingan agama dan akhirat, lama lama aku putus ahlia pulak yang zihin atau anak anak....biasanya mereka malu malu..Haha
1. Putuskan siapa bagi zihin
2. Bentangkan takaza dari Markas, Halqah dan Maqami -
Siapa yang akan keluar, dimana dan berapa lama, hari Ghast, nusrah jemaah, taalim masturat dan paling tidak solat jemaah dan amal harian.
3. Taalim Rumah
Selalunya aku putuskan anak anak secara bergilir gilir, untuk membiasakan mereka dengan Hafalan Hadist, takapa lah walaupun mantan dalam bahasa Melayu...sebagai latihan.
4. Taam rumah
Aku selalunya tekan syor, anak perempuan yang masak sebab nak ajar dia memasak, dah kawin nanti senang laki tak payah beli buku masakan..Haha
5. Lain lain Hal
Selalunya kami akan musyuaratkan apa saja yang berkaitan ehwal rumah tangga walaupun nak beli beras sekampit, gula sekilo atau ayam dan ikan...nampak macam kelakar tetapi ini lah dia rahsia ilmu ekonomi yang manusia tak nampak...contoh..
Kalau hari itu diputuskan kami akan ke pasar dan membeli barangan keperluan menggikut senarai keputusan musyuarah rumah, maka kami akan beli menggikut keputusan musyuarah, ketika membeli sekira nay anak anak kami mahu kan sesuatu, sebagai contoh mainan dan barang barang yang menarik perhatian mereka, maka aku atau ahlia akan cakap..."Tak da di dalam musyuarah pun ni kakak..." anak aku terus tak jadi nak beli dan tunggu musyuarat esok, keesokannya kami bentangkan di dalam musyuarat perlu atau tidak untuk membeli nya, jadi Bhai, jimat duit...aku dan family tak pernah membeli yang mengarut ngarut begitu juga anak anak, sebabnya semua sudah faham kena "Taat Musyuarah"
Itu lah ilmu Ekonomi, berjimat dengan secara musyuarat dan tidak membeli belah menggikut Nafsu serakah....Islam itu Indah....kan..? Tabligh itu owsome.
8 jam tidur dan rehat
Cukup mudah Bhai, selesai segala urusan kerja, keluarga dan agama maka kita selesaikan urusan infiradi, berehat dan ikram diri sendiri, Allahu dalam waktu rehat pun Allah bagi kebaikan dan pahala, tidur dan rehat cara Nabi saw dan bagi yang dah menjangkau 5 siries lagi banyak kemudahan yang Allah bagi didalam amal malam, biasanya mereka yang dah 5 siries ni sudah mengcukupi untuk mereka tidur dan rehat walaupun 4-5 jam untuk satu malam...yang lebih tuu ibadah malam sampai ke pagi...punya baik Allah, dalam usina penghujung ni pun Allah bagi keberkatan masa dan Bonus...faham tak..?
Bhai, balik pada soalan mula mula tadi...
1. Kalau tuan banyak habiskan masa dengan berdakwah, macamana tuan nak take care family.
Sebenarnya tak banyak pun masa yang kita bagi kepada usaha Dakwah, tak payah nak berdolak dalik atau menafikan akan apa yang kita buat sepanjang 24 jam, aku berani cakap selepas habis masa bekerja selama 8 jam, itu pun yang kerja normal hours belum lagi aku sebut yang buat OT atau kerja lebih masa.
Masa yang kami sendiri orang Dakwah ambik dan cedok atau tebuk pun selepas waktu bekerja, kalau lah kami tinggalkan terus kerja dunia dan buat usaha agama semata semata maka sudah pasti kecoh satu dunia...tetapi jangan lupa tuan tuan di banyak tempat yang kita tak tahu atau mungkin mereka yang Tak Buat Tabligh memang langsung tak tahu sesungguhnya ada manusia manusia yang jadi kan Dakwah Tabligh ini sebagai Maksud Hidup mereka, kerja no 1 mereka, mereka langsung tak buat kerja dunia untuk penuhi keperluan hidup mereka tetapi mereka buat kerja Agama untuk penuhi kehendak Agama supaya seluruh manusia dapat masuk syurga dan jauh dari neraka.
Mereka buat kerja atas Hidayat sepenuh masa, bagaimana mereka boleh hidup kat dunia ni, jangan tanya aku Bhai, aku pun tak reti nak jawab...nak tahu kena KELUAR..
Bhai, kalau kamu kata orang buat Dakwah tak boleh nak take care family, maka aku menafikan dan membangkang sekeras kerasnya kerana
1. Berapa banyak masa kamu habis kan untuk bekerja mencari harta dunia
2. Berapa banyak masa kamu habiskan untuk makan dan minum bersama keluarga
3. Berapa banyak masa kamu habiskan untuk melepak bersama rakan rakan di kedai kopi dan Cafeteria
4. Berapa banyak masa kamu habiskan masa anak beranak menonton Tv dengan rancangan yang sia sia.
5. Berapa banyak masa yang kamu habis kan untuk merayau di Shoping Mall berbelanja.
6. Berapa banyak masa kamu habiskan untuk bercuti dan berHoliday bersama keluarga.
Dan Soalan aku yang Terakhir...
Berapa banyak kamu di luar sana yang menghabiskan masa di Masjid dan berapa banyak masa kamu habiskan untuk membuat amal agama dengan sempurna untuk persiapan nak kembali berjumpa Allah yang Maha Esa....!!!
Untuk formula yang lebih mudah
Ibnul Jauzi telah membahagikan umur ini menjadi 5 masa;
1.Masa kanak-kanak; sejak dilahirkan hingga mencapai umur 15 tahun
2.Masa muda; dari umur 15 tahun hingga mencapai umur 35 tahun
3.Masa dewasa; dari umur 35 tahun hingga mencapai umur 50 tahun
4.Masa tua, dari umur 50 tahun hingga mencapai umur 70 tahun
5.Masa usia lanjut; dari umur 70 tahun hingga akhir umur yang dikurniakan oleh Allah swt.
Oleh yang demikian bila di campur tolak dan bahagi, berapa banyak baki masa yang kita guna untuk bertemu Allah nanti..?
Bhai, akhir kata, apa yang aku ceritakan kat atas hanyalah satu formula mudah untuk kita fikirkan "Siapa lah kita untuk nak menolak kerja Dakwah sebagai kerja kita"
psst: kamu fikir lah sendiri...!!! Bila nak keluar 3 hari...?
Comments
Post a Comment