ENAM SIFAT SAHABAT Kejayaan manusia dan jin Allah telah letakkan pada agama sempurna, sejauh mana kita taat perintah Allah cara nabi SAW. Untuk berjaya, kita perlu mencontohi mereka yang telah berjaya. Siapakah sebenarnya yang telah berjaya? Mereka yang berjaya adalah para sahabat Nabi saw. Pengiktirafan kejayaan mereka diberikan oleh Allah sendiri seperti yang telah dirakam di dalam Al Quran Surah At Taubah ayat 100 yang mafhumnya ; “Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar” Kenapa sahabat diiktiraf sebagai orang-orang yang berjaya? Kerana mereka mempunyai sifat-sifat yang ...
TUJUAN GHAST GHAST adalah satu usaha untuk menghidupkan kembali kerja-kerja kenabian iaitu mengajak manusia ke jalan Allah taala dan untuk mengekalkan hidayat di dalam diri kita. Kelebihan GHAST; Sepagi dan sepetang berada di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Maksudnya bukanlah harta kekayaan dan sebagainya tetapi semua amalan soleh yang berlaku pada masa itu. Berdiri seketika di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik daripada beribadat di dalam Masjidil Haram, di depan Hajar Aswad, pada malam Lailatul Qadar. Tidak berkumpul debu-debu di jalan Allah dengan asap neraka jahanam. Sepatah perkataan mengajak manusia ke jalan Allah taala akan diberi ibadat sunnah. Semua makhluk Allah subhanahu wataala (setengah riwayat mengatakan 70,000 malaikat) akan memohon keampunan untuk mereka yang keluar menziarahai saudaranya semata-mata keran...
ADAB USUL Ini merupakan adab-adab atau tertib yang ulama-ulama kita telah gariskan supaya para da’ie dapat diterapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan ‘karkun-karkun’ diperhatikan. Bila sedikit kesalahan dilakukan terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yang maksum, tiada dosa… Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing, adab-adab usul ni perlu diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari-hari buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya. Nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata-semata kerana Allah… Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena : BANYAKKAN 4 PERKARA KURANGKAN 4 PERKARA TINGGALKAN 4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA Apa yang perlu ...
Comments
Post a Comment