ADAB MESYUARAT
Ali r.a. melaporkan bahawa beliau bertanya: Wahai
Rasulullah! Jika kami menemui perkara yang tidak mempunyai sesuatu perintah
tertentu daripada tuan, untuk melakukannya atau pun tidak, apakah yang tuan
katakan berkenaan kami ini? Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila berlaku
perkara itu, mintalah pandangan (bermesyuarat) dengan mereka yang mempunyai
fahaman yang baik terhadap agama dan ahli ibadat yang kuat, dan janganlah
membuat keputusan di atas pendapat seorang individu. (Tabrani dan Majmuaz
Zawaaid)
Ibnu Abbas r.a. melaporkan: Apabila ayat ini diturunkan:
”Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan”, maka
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. dan RasulNya tidak perlu bermesyuarat,
walaubagaimanapun, Allah telah menjadikannya sebagai satu sumber rahmat bagi
umat ini. Maka, barangsiapa dari umat ini yang bermesyuarat, ia tetap berada di
jalan yang benar, dan orang yang tidka bermesyuarat sentiasa di dalam tertekan.
(Baihaqi)
Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada ‘Amru Ibnul-‘As:”Aku
telah melantikmu menjadi ketua dalam pasukan tentera ini, berangkatlah engkau
ke Palestin dan hubungilah Abu Ubaidah dengan suratmu dan bantulah dia
bila-bila dikehendaki. Jangan engkau putuskan sesuatu perkara kecuali setelah
diadakan mesyuarat dengannya. Hendaklah engkau takut kepada Allah samada dalam
waktu terang atau rahsia. Malulah kepada Allah dalam khalwat-khalwatmu kerana
ia melihat apa yang engkau lakukan. Engkau sendiri mengetahui bahawa aku telah
mengutamakan engkau dari yang lain yang lebih lama dan lebih mulia darimu. Oleh
itu hendaklah engkau bekerja seperti orang-orang yang bekerja untuk akhirat dan
segala amalanmu itu hendaklah engkau tujukan semata-mata kerana Allah. Dalam
keberangkatanmu nanti hendaklah engkau turut jalan ilya’ sampai ke Palestin.
Janganlah engkau cuai terhadap tugas yang kuberikan kepadamu ini, dan hendaknya
jangan sekali-kali engkau berkata: Abu Bakar telah meletakkan aku di hadapan
musuh, padahal aku tidak berdaya. Ketahuilah wahai ‘Amru, di sampingmu sekarang
ada orang-orang Muhajirin dan Ansar, pejuang-pejuang dalam peperangan Badar
dahulu. Hendaknya engkau arif tentang hak mereka dan janganlah engkau
berleluasa dengan kuasa yang diserahkan kepadamu ini. Janganlah engkau
terpengaruh dengan tipu daya syaitan nanti engkau berkata: Bahawa aku telah di
lantik oleh Abu Bakar kerana itu akulah orang yang mulia sekali. Jagalah dirimu
dari tipu daya, hawa nafsu dan hendaklah engkau jadikan dirimu sebagai seorang
dari tentera-tenteramu juga dan bermesyuaratlah dengan mereka.
Abu Hurairah r.a. melaporkan: Daku tidak melihat sesiapa
yang melaksanakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya, sebanyak yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. (Tirmizi).
Antara adab mesyuarat seperti berikut:-
1. Semua keputusan penting yang seseorang hendak lakukan
hendaklah dicapai melalui pertimbangan berhati-hati dan perbincangan mesra
dengan mereka yang rapat dan bersesuaian. Ini dirujuk sebagai mesyuarat dan
dapat diamalkan bagi semua perkara domestic, perniagaan, agama dan lain-lain.
2. Mesyuarat adalah perintah Allah dan amalan Nabi s.a.w.
Jadi ia merupakan salah satu daripada amalan yang utama kehidupan seorang
muslim dan menjanjikan keberkatan, pahala dan kejayaan yang besar.
3. Walaubagaiamanapu adalah penting untuk mengikuti jejak
langkah Nabi s.a.w. dengan mengamalkan mesyuarat dan memerhatikan adab yang
mudah di ajar olehnya.
4. Pertama hendaklah dilantik seorang amir mesyuarat dan
bacalah doa.
5. Amir kemudian akan menyebut perkara yang akan dibincangkan
dan akan meminta pendapat orang lain yang hadir.
6. Hanya mereka yang diminta untuk memberikan pendapat
dibenarkan untuk bercakap. Orang lain tidak berhak untuk bercakap serentak
ataupun untuk menyampuk dalam apa cara sekalipun.
7. Amir boleh meminta pandangan setiap orang mengikut
giliran atau beliau meminta pandangan daripada beberapa orang sahaja.
8. Orang yang diminta pendapat hendaklah berhati-hati. Ia
hendaklah sedar jelas dan hendaklah ikhlas seikhlasnya. Perkara-perkara
peribadi tidaklah memberi kesan kepada pemikirannya. Ia hendaklah
mempertimbangkan perkara yang dibincangkan dan kemudian menyebutkan apa sahaja
yang Allah letakkan di dalam hatinya.
9. Jika pendapat sseseorang kebetulan berlainan daripada
orang lain, janganlah hendaknya dia membuat kenyataan yang tidak adil atau
menghina seseorang. Tetapi hendaklah ia menyatakan ideanya sendiri secara
ringkas mungkin dengan satu atau dua alas an untuk menyokong cadangannya.
10. Jika seseorang tidak ditanya pendapatnya oleh amir
(walaupun orang lain telah memberikan pandangan mereka) janganlah ia
tersinggung. Sepatutnya ia hendaklah gembira untuk menyedari bahawa Allah Maha
Mengetahui dan jika Dia mengkehendaki Dia boleh memindahkan fikiran sesiapapun
kedalam hati amir.
11. Jika seseorang ingin menyatakan pendapat dia hendaklah
meminta kebenaran daripada amir.
12. Amir akhirnya akan membuat keputusan ini dilakukan
menurut petunjuk yang diletakkan dalam hatinya.
13. Adalah penting untuk menytedari bahawa dalam Islam kita
bergantungan penuh kepada Allah setiap masa. Jadi keputusan Amir tidak perlu
bergantungan kepada majority atau minority. Sebenarnya, boleh saja Amir membuat
keputusan yang benar-benar berlainan bergantung bagaimana Allah memberi
petunjuk kepadanya.
14. Apabila sahaja keputusan telah dibuat semua orang
diwajibkan untuk mengikuti sepenuhnya keputusan mesyuarat itu. Jika kerana
sesuatu sebab yang tertentu sesuatu keputusan gagal untuk menghasilkan kesan
yang diharapkan maka tiada seorangpun boleh mengadu hanya Allah sahaja yang
Maha Mengetahui perkara yang sebenarnya.
15. Jika cadangan seseorang tidak diikuti janganlah sesekali
ia mengadu walaupun kemudian kelihatan seolah-olah pendapatnya yan benar.
(Sebenarnyna, semasa memberi cadangan iahendaklah berharap bahawa cadangannya
tidak diterima kerana takut keputusan yang salah jika cadangannya diterima).
16. Mesyuarat itu hendaklah diakhiri dengan doa dan
janganlah ada mesyuarat kecil selepas itu untuk mengkritik setuju atau tidak
setuju apa yang telah diilhamkan.
Comments
Post a Comment