ADAB GHAST (JAULAH)
TUJUAN GHAST GHAST adalah satu usaha untuk menghidupkan kembali kerja-kerja kenabian iaitu mengajak manusia ke jalan Allah taala dan untuk mengekalkan hidayat di dalam diri kita. Kelebihan GHAST; Sepagi dan sepetang berada di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Maksudnya bukanlah harta kekayaan dan sebagainya tetapi semua amalan soleh yang berlaku pada masa itu. Berdiri seketika di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik daripada beribadat di dalam Masjidil Haram, di depan Hajar Aswad, pada malam Lailatul Qadar. Tidak berkumpul debu-debu di jalan Allah dengan asap neraka jahanam. Sepatah perkataan mengajak manusia ke jalan Allah taala akan diberi ibadat sunnah. Semua makhluk Allah subhanahu wataala (setengah riwayat mengatakan 70,000 malaikat) akan memohon keampunan untuk mereka yang keluar menziarahai saudaranya semata-mata keran...