FADHILAT MAJLIS TAALIM
FADHILAT
MAJLIS TAALIM
Ta'alim wa ta'allum dalah perintah Allah swt
dan sunnah Rasulallah saw. Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as
untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulallah saw, dan wahyu itu disebarkan kepada
manusia. Ta'alim wa ta'allum adalah salah satu amalan Masjid Nabawi,pusaka
Rasulallah saw dan ruh agama. Jika amalan ta'alim wa ta'allum tidak
dilaksanakan, maka manusia tidak akan mengenal Allah swt dan tidak akan
mentaati perintah Allah swt. Jika hal ini terjadi, maka Allah swt akan
menurunkan bencana. Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta'alim, bermakna
rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka
Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan
ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.
Rumah
yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat.
diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan,
ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta'alim akan membawa cahaya
dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai.
Langkah-langkah yang
harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta'alim di rumah kita:
1. Suami isteri dan
keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis
ta'alim ini.
2. Tentukan waktu untuk
ta'alim. Waktu yang terbaik untuk ta'alim adalah jika semua ahli keluargasedang
berkumpul.
3. Melaksanakan ta'alim
di tempat yang istiqamah.
4. Bawa adab-ada majlis
dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan sebagainya.
5. Buku yang dipergunakan
adalah kitab Fadhail A'mal.
6. Waktu untuk ta'alim
dirumah adalah tidak terhad sekurang-kurangnya 30minint sehari.
Jika kita
dapat membentuk majlis ta'alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah
saw dan para sahabat di dalam rumah kita. Insyaallah, sebagaimana Allah swt
mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang
ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.
Tujuan diadakan Majlis
Ta'alim:
1. Tujuan kita mengadakan
Majlis Ta'alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan mendapat
keredhaanNya.
2. Untuk menghidupkan
sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat.
Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan
sehari-hari.
3. Apabila kita sering
duduk di dalam majlis ta'alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk
mengamalkan agama.
4. Majlis ta'alim
menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.
5. Supaya kita dapat
luangkan waktu untuk belajar agama.
6. Supaya kita dapat
memiliki fikir dan risau seperti yang dimiliki oleh suami-suami kita. Dengan
demikian, sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.
7. Untuk mengetahui
segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.
Untuk menghubungkan ilmu
dengan amal.
8. Untuk memasukkan Nur
kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.
Keutamaan Majlis
Ta'alim
Sebuah hadith menyebutkan
yang ertinya "Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya
Rasulallah saw bersabda, " Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam
rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan
sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh
rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam
majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( hadith riwayat Muslim, Abu
Daud)
Ada banyak sekali kelebihan yang akan kita peroleh apabila
mengadakan majlis ta'alim, di antaranya majlis ini merupakan majlis ampunan
dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya
kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt,
orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain. Allah swt akan menurunkan
rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang
Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:
1- Masjidil Haram
2- Makam Rasulallah saw
3- Pada bulan Ramadhan
4- Majlis-majlis yang di
dalamnya disebut nama Allah.
Jika
kita senantiasa menghadiri majlis ta'alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5
aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:
1- Imaniyah
2- Ubudiyah
3- Muammalah
4- Muasyarah
5- Akhlak
Kita
juga akan mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa. Sebuah majlis ta'alim dapat
menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama Allah swt di
dalamnya. Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta'alim seperti
manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Sesaat saja duduk di
majlis ta'alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang
pesakit. Majlis ta'alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke
perkuburan. Apabila kita keluar rumah untuk menuntut atau mengajar ilmu kerana
Allah swt, maka, 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kaki kita
dan semua makhluk Allah swt yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon
ampunan untuk kita.
Rasulallah saw bersabda bahawa majlis ini merupakan kebun-kebun syurga. Majlis
ta'alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw. Dan rumah yang didalamnya
diadakan majlis ta'alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah.
ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.
Amiinn....
Comments
Post a Comment