Posts

Showing posts from July, 2017

ADAB GHAST (JAULAH)

TUJUAN GHAST   GHAST  adalah satu usaha untuk menghidupkan kembali kerja-kerja kenabian iaitu mengajak manusia ke jalan Allah taala dan untuk mengekalkan hidayat di dalam diri kita.  Kelebihan  GHAST; Sepagi dan sepetang berada di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Maksudnya bukanlah harta kekayaan dan sebagainya tetapi semua amalan soleh yang berlaku pada masa itu. Berdiri seketika di jalan Allah subhanahu wataala adalah lebih baik daripada beribadat di dalam Masjidil Haram, di depan Hajar Aswad, pada malam Lailatul Qadar. Tidak berkumpul debu-debu di jalan Allah dengan asap neraka jahanam. Sepatah perkataan mengajak manusia ke jalan Allah taala akan diberi ibadat sunnah. Semua makhluk Allah subhanahu wataala (setengah riwayat mengatakan 70,000 malaikat) akan memohon keampunan untuk mereka yang keluar menziarahai saudaranya semata-mata kerana Allah taala.

ADAB USUL

ADAB USUL Ini merupakan adab-adab atau tertib yang ulama-ulama kita telah gariskan supaya para da’ie dapat diterapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan ‘karkun-karkun’ diperhatikan. Bila sedikit kesalahan dilakukan terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yang maksum, tiada dosa… Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing, adab-adab usul ni perlu diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari-hari buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya. Nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata-semata kerana Allah… Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena : BANYAKKAN 4 PERKARA KURANGKAN 4 PERKARA TINGGALKAN 4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA Apa yang perlu

NATIJAH DAN TANGGONG-JAWAB SELEPAS KELUAR 3 HARI

Apakah kesan setelah menamatkan keluar 3 hari? Berbagai kesan yang bakal anda kecapi selepas menamatkan khuruj (keluar) 3 hari bergantung niat masing2 sebelum.dan semasa keluar. Sekiranya niat anda untuk islah diri yakni untuk.memperbaiki diri biasanya Allah beri kekuatan untuk amal agama dalam.kehidupan dan natijahnya anda akan mudah untuk beramal cara sunnah seperti; 1. Solat berjemaah di surau/masjid secara istiqomah. 2. Bertambah Zikir/bacaan al Quran harian secara istiqomah 3. Bertambah amalan Sunnah surah seperti berpakaian Sunnah, berjanggut dan sebagainya. Tanggung-jawab selepas keluar 3 hari

Bayan Nasihat. Maulana Wan Helmi. Dakwah Maksud Hidup

Image
Bayan Nasihat. Maulana Wan Helmi. Dakwah Maksud Hidup

KOLEKSI BAYAN RUJUKAN

Image
       1) Maulana Ali - La illa ha illallah   2) Maulana Ali - Enam Sifat Para Sahabat  3) Maulana Ali - Segala Sesuatu Adalah Di Bawah Kekuasaan Allah 4)   Ustaz Salim Temboro - Amal Yang Menyelesaikan Masalah

APA YANG DIBUAT JEMAAH TABLIGH KETIKA MEREKA KELUAR DI JALAN ALLAH

Image
Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat : Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Zikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)  Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as. Mereka membahagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :  4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :  1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung  2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang persaorangan sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya : ulama atau umara.  3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang me

Adab-Adab Buang Hajat

Adab-Adab Buang Hajat 1.Disunnahkan bagi orang yang hendak memasuki al-khalaa’ (kamar kecil/WC) agar membaca: بِسْمِ اللهِ، اَللّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ . “Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan.” Do’a ini berdasarkan hadits ‘Ali Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: سِتْرٌ مَا بَيْنَ الْجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْخَلاَءَ أَنْ يَقُوْلَ : بِسْمِ اللهِ . “Penghalang antara jin dan aurat anak Adam jika salah seorang dari kalian memasuki al khalaa’ adalah ia mengucapkan, “Bismillah”.”[1] Juga hadits Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ قَالَ : اَللّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ . “Jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak masuk ke kamar kecil, bel

Adab Masjid

Masjid dan Adab-adabnya - Dasar utama mendirikan masjid adalah takwa. (Alquran). * Barangsiapa mendirikan masjid, Allah akan mendirikan baginya bangunan seperti itu di surga. (Muslim). - Maksud dan tujuan masjid didirikan, adalah sebagai:  1> Tempat shalat. (Muslim),  2> Tempat dzikir. (Muslim),  3> Tempat tilawat Alquran. (Muslim),  4> Tempat majelis agama. (Bukhari, Muslim, Tirmidzi),  5> Tempat ta’lim Alquran. (Thabrani, Bazzar),  6> Tempat ta’lim masail. (Thabrani), dan  7> Pusat dakwah Islamiyah. (Bukhari, Muslim, Abu Dawud). - Masjid hendaknya dibangun di tempat yang dekat dengan masyarakat yang mudah dikunjungi. (Ahmad, Abu Dawud). - Masjid hendaknya sederhana, tidak terlalu mewah seperti orang Yahudi dan Nasrani yang memperelok gereja. (Abu Dawud). * Abu Darda ra. berkata, “Jika kamu mengukir-ukir masjid, maka kehancuran akan menimpamu.” - Berlomba-lomba memperindah masjid, mengakibatkan riya dan berbangga diri. Akhirnya jauh