RINGKASAN BAYAN HIDAYAT MASTURAT

Ringkasan Bayan Hidayat Masturat

Alhamdulillah Syukur Lagi Dan Lagi Kepada Allah Yang Dengan Rahmat Dan Kasih Sayangnya Terhadap Kita  Telah Melapangkan Masa  Ibu-Ibu Untuk Keluar Satu Hari Tarbiah Keluarga, Satu Orang Yang Dimuliakan Allah Maka Tidak Ada Satu Kuasapun  Yang Mampu Menghinakannya, Setiap Sesuatu Itu Datangnya Dari Allah, Perkara Yang Kita Suka Atau Tidak Semuanya  Dalam PentadbiranNya, Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu Zahir Dan Batin Perkara Yang Lepas Dan Yang Akan Datang. Allah Kuasa Makhluk Langsung Tak Ada Kuasa

 

Iman Adalah Satu Perkara Yang Sangat Penting Melebihi Makan,Minum, Rumah,Keluarga Dan Sebagainya. Untuk Maksud Itu,Allah Telah Menghantar Nabi Bagi Setiap Umat Agar Mereka Beriman Kepada Allah Termasuklah Nabi Kita Nabi Muhammad Saw Yang Dihantar Untuk Seluruh Umat Sehingga Kiamat. Seseorang Yang Meninggal Dunia Dengan Yakin Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Selain Allah Maka Dia Akan Memasuki Syurga. Selain Itu Diberitakan Bahawa Iman Sebesar  Zarah Akan Diberi Ganjaran Syurga Sepuluh Kali Besar Dunia. Dalam  Satu Hadis, Nabi Saw Bagitahu Bahawa Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu Jika Aku Tidak Dicintai Melebihi Segala-Galanyanya. Cinta Nabi Akan Hadir Apabila Kita Menghidupkan Sunnah Nya Dan Orang  Yang Cinta Kepada Nabi Akan Bersama Nabi Dalam Syurga

 

Untuk Dapatkan Iman Yang Bernilai Ini, Setiap Kita Lelaki Atau Wanita Perlu Buat Pengorbanan Dengan Menggunakan Harta, Diri Dan Masa Atas Agama Allah Sepertimana Sahabiah Sahabiah Telah Buat Pengorbanan Atas Maksud Ini. Contohnya Sayyidatina Khadijah Ra Yang Menjadi Teman Sejati Kepada Rasulullah Ketika Susah Dan Senang Dan Telah  Membuat Pengorbanan Atas Agama Allah Sehingga Ke Akhir Hayatnya, Diberitakan Bahawa Beliau Adalah Wanita Yang Pertama Memeluk Islam Setelah Nabi Muhammad Dilantik Menjadi Nabi Dan Telah Mendapat Kiriman Salam Dari Allah Atas Pengorbanannya Terhadap Agama.

 

Sebagai Latihan, Setiap Daripada Kita Diminta Untuk Keluar Satu Hari Tarbiah Keluarga Didalam Rumah Sendiri Agar Dapat Mengislahkan Diri Dengan Mengamalkan Beberapa Pesanan Wanita  Dan 6 Sifat Sahabat Di Dalam Kehidupan Agar Agama Yang Sempurna Dapat Datang Dalam Kehidupan Kita Dan Umat Seluruh Alam.

 

Beberapa Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk Dibanyakkan Adalah Dakwah, Ta’lim Wa Ta’lum, Ibadat Dan Khidmat. Beberapa Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk Dikurangkan Adalah Masa Makan Dan Minum,Masa Rehat Dan Tidur, Berada Diluar Majlis Dan Bercakap Sia-Sia. Beberapa Perkara Yang Kita Dinasihatkan Untuk Ditinggalkan Adalah Mengharap Daripada Makhluk, Meminta Daripada Makhluk, Guna Barang Tanpa Izin Dan Membazir

Semoga Allah Menerima Pengorbanan Yang Sedikit Ini Untuk Menjadi Asbab Hidayat Untuk Diri Kita Dan Seluruh Alam Sampai Kiamat. Agar Diberi Keselamatan Untuk Kita Dalam Menghadapi Kehidupan Akhirat Yang Kekal Abadi Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

6 SIFAT SAHABAT

ADAB GHAST (JAULAH)

ADAB USUL